China merupakan sebuah negara yang majoriti penduduknya ialah petani, pertanian menduduki tempat penting dalam ekonomi China. Walaupun, wilayah China seluas 9.6 juta kilometer persegi, akan tetapi, keluasan tanah pertanian hanya 1.27 juta kilometer persegi, kira-kira menempati 7% daripada keluasan tanah pertanian dunia, yang terutamanya terletak di dataran dan lembangan di kawasan mansun bahagian timur. Penanaman merupakan bahagian pertanian yang paling penting di China, tanam-tanaman utama termasuk padi, gandum, jagung, kacang soya dan lain-lain, tanaman ekonomi termasuk kapas, kacang tanah, sawi bunga, tebu, dan lain-lain.
Perkembangan pesat pertanian China bermula setelah dasar pembaharuandilaksanakan di pedesaan pada tahun 1978. Dalam tempoh lebih 20 tahun ini, pembaharuan di desa China berdasarkan rangka sistem milik kolektif, dengan pasaran sebagai panduan, dengan berani menembusi sekatan sistem tradisional, telah menyelidiki bentuk baru ekonomi kolektif berdasarkan syarat ekonomi pasaran. Pembaharuan telah membawa keuntungan kepada petani, telah membebaskan dan mengembangkan produktiviti pedesaan, telah meggalakkan pertumbuhan pesat pertanian, lebih-lebih penghasilan bahan makanan dan struktur pertanian menjadi lebih baik, sehingga pertanian China telah mencapai kejayaan yang ketara. Pada masa ini, jumlah bahan makanan, kapas, biji bahan minyak, daun tembakau, daging, telur, hidupan air dan sayur-sayuran menduduki tempat teratas di dunia.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan China sentiasa menumpukan perhatian terhadap pengembangan pertanian, meningkatkan pelaburan terhadap pertanian, menaiki pendapatan petani dan mewujudkan selangkah demi selangkah perkembangan selaras antara pedesaan dengan bandar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar